Setiap tahun kan, kalau ditanya azamnya apa, pasti ada terselit satu azam, nak turunkan berat badan. Betul tak korang? Mem lah camtu π . Mulalah awal tahun sedia semua set kurus shaklee awal tahun. Lengkap semua. Jadinya, tahun ni pun mem punya azam pun sama jugak… Nak turunkan berat badan dengan sihat tanpa sebarang pil diet.
Beberapa tahun lepas, glamer sangat program detoks shaklee yang memang terbukti berkesan. Shaklee sediakan produk sesuai dan pelan pemakanan jugak masa tu untuk. Seronok masa tu nak kurus dengan set kurus Shaklee.
Alhamdulillah, hasil program detoks Shaklee tu, mem turun berat badan, pregnant dan Allah kurniakan anak gegirl lepas 4 orang anak laki. Kita usaha je kan, Allah bagi.
Set Hello New You – Set Kurus Shaklee Terbaru
Akhir tahun lepas, Shaklee mulakan perkenalkan set kurus shaklee terbaru iaitu – SET HELLO NEW YOU!!!
Bukan sekadar set kurus, Set Hello New You Shaklee ni lebih kepada nak transform kita kepada kepada individu yang lebih sihat dan menjadikan tubuh badan kita lebih segar dan ‘baru’ serta membantu menurunkan berat badan kita sekaligus. Inilah tujuan Shaklee hasilkan set Hello New You ni.
Ia MUDAH. Ia FLEKSIBEL. Ia SELAMAT. Ia TERBUKTI.
Apa Produk Dalam Set Hello New You ni?

Dalam set lengkap Hello New You ni, Shaklee dah susunkan produk yang memang berkesan dalam membantu kita menurunkan berat badan. Produk-produk memang produk terlaris dalam pasaran yang membantu ramai orang mendapatkan berat badan yang ideal.
1. Cinch – Bakar dan Bina
Cinch Shaklee ni mempunyai 3 perisa, iaitu chocolate, vanilla dan latte. Semua sedap sangat. Cinch ni mempunyai khasiat 20 jenis vitamin dan mineral yang penting. Kira boleh dibuat sebagai pengganti makananan kalau korang tak nak makan. Ia juga ditambah dengan luesina yang membantu pengurusan badan yang lebih sihat.
2. Herblax – Pencernaan dan pembersihan yang lebih baik
Herb-Lax ni merupakan herba traditional yang terdiri daripada 9 jenis herba seperti daun alfalfa, daun senna dan akar likorisli yang memang terkenal sebagai bahan yang membantu pencernaan semulajadi. Herblax membantu menggalakkan pergerakan usus untuk membantu proses semulajadi tubuh badan. Usus yang sihat membantu penyerapan vitamin yang lebih baik.
3. Omega Guard – Meningkatkan Kadar Metabolik
Omega Guard Shaklee ni mempunyai spektrum luas asid lemak perlu omega 3 dengan ketulenan yang tinggi, yang amat diperlukan oleh tubuh badan supaya kuat dan sihat. Omega 3 Shaklee ni dihasilkan melalui proses penyulingan molekul proprietari 3 peringkat. Omega Guard ni membantu meningkatkan kadar metabolisme badan dan membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.
4. Lecithin – Pembakaran Lemak Semulajadi
Lecithin bertindak sebagai pengemulsi lemak yang membantu memecahkan lemak dalam proses penghadapan. Ia di perbuat daripada sumber semula jadi kacang soya.
Selain produk dalam Set Hello New You ni, produk premium dalam Shaklee, iaitu Vivix juga amat membantu dalam menurunkan berat badan.

5. Vivix – Membaiki Sel Yang Rosak
Vivix merupakan minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu. Bahan utama di dalam vivix adalah resveratrol yang membantu membaiki sel badan yang rosak untuk kembali pulih. Untuk penurunan berat badan, Vivix berfungsi membantu menyahkan toksin daripada badan serta menggalakkan proses detox seluruh badan berlaku dengan lebih optimum. Dengan menambahkan vivix dalam Set Kurus Shaklee, akan membantu mempercepatkan penurunan badan dengan hasil yang lebih optimum.
Apa Shaklee Sediakan Bersama Set Hello New You?
Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa jugak yang Shaklee sediakan bersama dengan Set Hello New You ni agar program transformasi ni berkesankan? Yelah, nama pun set kurus Shaklee, takkan bagi produk tanpa sebarang pelan kan?
Dengan set kurus terbaru Shaklee ni didatangkan bersama Program ‘Hello New You’ Shaklee.
βHello New Youβ Shaklee adalah program yang mudah untuk diikuti yang menggabungkan produk-produk dengan nutrisi yang seimbang, pelan berpuasa yang fleksibel, pemakanan seimbang dan senaman untuk membantu anda menguruskan berat badan dengan berkesan.
Program ini membantu kita untuk mendapat berat badan yang ideal dengan bijak dan selamat, serta disokong oleh sains dan dengan testimoni oleh orang ramai.
Jadi, jika anda mahu menguruskan dan mengekalkan berat badan dengan berkesan, program ini sememangnya untuk anda. Pada penghujung program, anda akan diperkasakan untuk mengawal kesihatan anda sendiri.
Bersedialah untuk berasa lebih ringan, mempunyai badan yang lebih terbentuk, lebih bertenaga, dan berasa hebat!
Dalam entry yang akan datang, me akan terangkan lebih lanjut mengenai program Hello New You ni serta apa yang kita expect akan dapat nanti serta pelan nya sekali.
Tunggu mem punya next entry k π

Wah menariknya set ni lagi2 nak berpuasa ni β€