Assalamu’alikum wbt & salam perkenalan semua sahabat.
Selamat datang ke blog memsithy.com. Terima kasih semua sebab sudi singgah dan baca blog mem. Terima kasih atas support korang semua 🙂
Sebelum apa-apa, jom kita berkenalan dulu yer.
Nama mem Sithy Harjieah. Boleh panggil Sithy je. Cuma kalau kat Sarawak ni, panggilan mem di hadapan atau panggilan tu perkara biasa. Macam sis, cik ke gitu.
Mem berasal dari Kuching Sarawak, dan kini memang menetap di Kuching.
Mem dah berkeluarga, beranak 5 (seorang girl, 4 boys). Insyaallah, soon ada lagi sorang. Doakan semuanya selamat.
Mem merupakan anak sulung daripada 6 beradik sebapa.
Latar Belakang Pendidikan & Kerjaya
Mem nak kongsikan sedikit latar belakang pendidikan mem.
Lepas habis sekolah rendah & menengah, mem melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya untuk program Asasi Sains Hayat dan seterusnya mengambil jurusan Sains Bioperubatan di Fakulti Perubatan, UM untuk degree mem.
Asalnya nak ambik Sains Forensik, tapi tak sampai sebab dulu orang kata, susah nak dapat kerja. yelah, Malaysia dulu aman, takde kes bunuh ;).
Family pun kata tak payah, tak sesuai untuk perempuan.
Ni semua pengaruh CSI. Hehehe.
Pekerjaan pertama mem adalah sebagai Pegawai Penyelidik Sambilan di Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Hospital Kuala Lumpur sebelum mem balik Kuching untuk kahwin.
Di Kuching, mem sambung jugak jadi Pegawai Penyelidik di CRC, Hospital Umum Sarawak sebelum menyertai Clinical Research Malaysia sebagai Study Coordinator.
Mem lebih banyak terlibat dalam kajian klinikal samada secara langsung deal dengan patients, atau pun di dalam makmal.
Selepas 8 tahun berkerja dalam bahagian penyelidikan klinikal, mem letak jawatan dalam tahun 2014 dan menjadi suri rumah sepenuh masa dengan Shaklee merupakan bisnes utama mem.
Kenapa Memilih Bisnes Shaklee
Mem memulakan bisnes Shakle lepas melahirkan anak ke3 pada tahun 2013.
Seperti pengedar Shaklee yang lain, mem bermula dengan mencuba sendiri Shaklee atas sebab menambah susu badan selepas melahirkan anak ke3.
Dari situ, dengan hasil yang berkesan dalam menambahkan susu badan dan sedikit kajian mem mengenai produk dan kompeni, maka mem cuba untuk memulakan bisnes Shaklee.
Nama pun bekas pegawai penyelidik klinikal kan, mem amat pentingkan sains, kajian, keselamatan dan keberkesanan sesuatu produk sebelum mem amalkan.
Peluang bisnes yang luas, income yang unlimited, insentif yang Shaklee tawarkan membuat mem bertambah semangat untuk berbisnes dengan Shaklee.
Selain itu, komuniti Shaklee yang sangat best dan supportive ketika itu membuatkan mem ingin mencuba bisnes Shaklee ni.
Alhamdulillah, bertahan sehingga sekarang.
Bisnes Kereta Sewa Premium Asbab Car Bonus Shaklee
Tahun 2021, mem telah berjaya unlock car bonus yang Shaklee tawarkan.
Dan bermula dari situlah, mem mulakan bisnes kereta sewa premium di Kuching, Sarawak dengan membeli kereta pertama menggunakan payslip Shaklee.
Tahun 2022 mem bermula dengan bisnes kereta sewa premium ni sebagai part time di samping bisnes Shaklee yang sedia ada.
Alhamdulillah, kini dah ada 7 buah kereta premium di bawah Ad Dhuha Car Rental.
Kalau yang nak datang Kuching tu, bolehlah watsapp mem jika nak sewa kereta 😉
Sekian serba sedikit perkenalan mem untuk semua yang sudi berkawan di dunia blog mem.
Boleh follow mem jugak di Facebook, Instagram dan Tik Tok.
-Mem Sithy-