Sekarang ni, semua orang bercerita tentang intermittent fasting atau kita panggil diet IF. Mula dari tahun 2021 hingga sekarang semakin ramai yang percaya, yakin dan memang dah menyaksikan keberkesanan cara ni sebagai salah satu cara untuk menurunkan berat badan.
Lagi-lagi bila artis Hollywood seperti Jennifer Aniston dan Halle Berry kata mereka sukses dengan kaedah ini. Artis dan ikon kat Malaysia ni pun ramai dah sukses dengan kaedah ni kan? Paling glamer, Lisa Surihani lah kan?
Apa itu intermittent fasting?
Untuk korang yang newbie, baru nak kenal IF ni, IF ni sebenarnya salah satu strategi untuk diet dengan kita mengatur pola pemakanan, iaitu dengan kita berpuasa dalam tempoh masa yang tertentu.
Walaupun kita akan berpuasa dalam masa tempoh tertentu, namun pengambilan air kosong adalah dibenarkan.
Dalam IF, ada pelbagai cara yang boleh digunakan bagi kita tentukan tempoh kita berpuasa dan makan.
Ada yang mengambil cara seperti 5:2 (5 hari makan tanpa sebarang larangan, diikuti 2 hari berpuasa). Ada jugak yang buat 18:6 (18 jam berpuasa, 6 jam boleh makan) atau ada yang buat sehari hanya satu jam waktu makan. Ni kita panggil 23:1 (23 jam puasa, 1 jam waktu makan) atau one meal a day (OMAD).
Boleh baca kat sini nanti untuk ketahui 6 jadual IF paling popular.
Kawan mem pun cerita jugak pasal strategi IF ni kat sini.
Semua ini terpulang kepada kemampuan badan seseorang. Masing-masing tak sama. Kalau newbie, bolehlah mulakan dengan 12 jam puasa (8 malam – 8 pagi esok), 12 jam tempoh makan. Bila dah selesa, boleh tambahkan tempoh berpuasa. Jangan pulak ditambah tempoh makannya. Lain jadinya nanti 😉
Mitos tentang IF yang perlu kita elak untuk percaya!
Seperti trend diet popular yang lain, IF ni pun banyak sangat informasi yang salah atau yang kita takleh nak percaya tentang plan diet ini. Untuk bantu korang yang newbie dalam IF ni, mem kongsikan beberapa mitos tentang IF ni.
Mitos #1: IF sebenarnya bermaksud tak perlu sarapan pagi
Walaupun benar, sekiranya kita mengamalkan IF, kita akan ambil masa biasa nya waktu sarapan sebagai tempoh puasa, namun ia bukan maksud sebenar IF. Kita boleh tukar jadual puasa/makan kita mengikut waktu kita sendiri, cuma nya bila kita memang tidur malam seperti biasa, lebih mudah kita melalu tempoh berpuasa tu dengan lebih panjang. Waktu sarapan, kita lambatkan sikit. 🙂
Mitos #2: IF adalah satu keajaiban untuk penurunan berat badan
Kata seorang dietition, IF ni boleh digunakan untuk memudahkan kita turunkan berat badan, namun ia bukan sesuatu yang pasti. Yelah, kalau tempoh berpuasa kita berpuasa, tapi bila tempoh makan, kita melantak sakan, mana nak turunnya berat badan. Bila kalori masuk lebih banyak dari yang keluar, takde makna nya nak kurus. Jadi penting untuk kita tahu mengenai kalori deficit untuk nampak kesan IF ni.
Mitos #3: Semua IF sama sahaja
Terdapat pelbagai pelan dalam IF. Sebagai contoh 16:8, bermaksud 16 jam puasa, 8 jam makan. Selain tu, ada yang memilih one meal a day (OMAD) dengan hanya sekali makan sehari dalam tempoh makan yang pendek. Ada jugak yang buat IF berselang seli harinya. Semua itu terpulang kepada badan masing-masing.
Mitos #4: IF baik untuk semua orang
Walaupun banyak kebaik IF ni, namun ia tak sesuai buat semua orang. Untuk mereka yang ada masalah pemakanan atau mereka yang kurang berat badan, lemah tubuh badan serta dalam kondisi yang tidak sihat adalah dilarang untuk amal IF. Selain itu, wanita mengandung dan menyusu pun tidak digalakkan untuk buat IF. Kanak-kanak pun tidak digalakkan untuk amal IF sepanjang tempoh pembesaran mereka.
Mitos #5: Kita patut makan apa saja ketika tempoh makan
Tempoh makan, bukanlah masa kita untuk hentam makan apa saja yang kita rasa nak makan. Lagi-lagi makanan yang tidak berkhasiat. Tetapi ia adalah masa untuk kita seimbangkan diet kita. Makanan yang sihat adalah diet yang seimbang. Makanlah ikut piramid makanan yang KKM bagi tu.
Mitos #6: IF mampu menggangu kepekaan mental dan fokus
Terdapat beberapa mungkin impak negatif akibat IF seperti sakit akibat lapar, pening kepala atau kram pada otot, namun kepekaan mental dan fokus tidak pernah didokumentasi sebagai kesan sampingan. Jika anda ingin bermula dengan IF, mulakan dengan tempoh masa puasa yang sesuai mengikut badan anda. 12 jam adalah dicadangkan oleh pakar diet.
Mitos #7: IF menurunkan kadar metabolisma badan
Puasa, jika dilakukan dalam jangkamasa yang pendek seperti 16:8, ia telah terbukti meningkatkan kadar metabolisma seseorang dan meningkatkan kadar kebolehsuaiannya. Beberapa pengawal selia metabolisma seperti norepinephrine dan hormon pembesaran akan meningkat ketika berpuasa. Bukan sahaja ia membantu badan kita untuk kekal hormon yang penting ini tinggi, tetapi juga membuat kada metabolisma kita lebih fleksibel. Maksudnya badan kita akan lebih cepat menggunakan sumber tenaga yang tersedia seperti karbohidrat atau lemak.
Mitos#8: Pengambilan air semasa tempoh berpuasa hendaklah diterhadkan
Tidak, menterhadkan pengambilan air ada idea yang tidak baik. Malahan, anda mesti lebih teliti dengan minum lebih air sebab ramai antara kira hanya minum air kosong ketika makan dan terlupa ketika kita tidak makan.

Jadi, jika anda sudah bersedia, bolehlah mulakan IF anda!
Anda dah tahu banyak mitos yang perlu anda buang mengenai IF kan? Apa lagi, bolehlah mulakan IF anda.
Nanti entry akan datang, mem kongsikan mem punya perjalanan dalam IF , k 😉

Bagus mulakan IF ni lagi2 dah nak Ramadhan, kurus sihat di hari raya insyaa Allah ❤
Betul2 sis. sebelum puasa ni kita buat praktis awal dulu. nanti bulan puasa mesti lagi best.