Dah masuk tahun ke 9 mem dalam Shaklee dan banyak sebab kenapa komuniti Shaklee sangat best.
Di sebabkan bestnya komuniti Shaklee ni, mem rasa ramai pengedar Shaklee sanggup bertahan lama dalam Shaklee ni.
Walau apa pun terjadi, sukar untuk mem meninggalkan Shaklee atas banyak sebab.
Antaranya, mem senaraikan 7 sebab utama kenapa komuniti Shaklee ni sangat best.
1. Ukhuwah yang harmoni
Dalam Shaklee ni, hubungan sesama kami pengedar Shaklee sangatlah harmoni.
Walaupun berada dalam kumpulan yang berlainan, dengan leader berlainan, namun kami masih mampu untuk bersahabat atas nama Shaklee tanpa ada rasa dengki dan berlawan.
Ini membuatkan kami pengedar Shaklee merasa dihargai.
2. Circle baru yang lebih baik dan berkualiti
Setelah berhenti kerja 9 tahun lepas, perasaan sunyi tu biasa sangat.
Rasa kehilangan kawan, teman bercerita, teman berjalan disebabkan mem berada di rumah dengan anak-anak, memang tulah kebiasaannya.
Namun, sejak mengenali Shaklee, kawan mem bertambah ramai dan circle mem semakin berkualiti.
Mereka yang mem kenal terdiri daripada suri rumah, yang berkerjaya profesional danmereka bekerja di pelbagai bidang.
Mereka ni lah banyak membantu mem dalam naik dalam Shaklee.
3. Komuniti yang saling menyokong
Dalam sesuatu bisnes, penting untuk kita dapat kawan yang saling menyokong antara satu sama lain.
Begitu juga dalam komuniti Shaklee, kami sentiasa saling menyokong dan menaikkan semangat antara satu sama lain.
Bila seorang dalam keadaan down, maka yang lain akan cuba membantu dengan sebaik mungkin.
Komuniti sebegini amat penting dalam bisnes.
4. Peluang upgrade ilmu & skills
Bila terlibat dalam sesuatu bisnes, kita akan berusaha untuk upgrade ilmu dan skill agar kita tidak berada di takuk yang sama setiap masa.
Begitu juga dalam Shaklee.
Peluang untuk meningkatkan ilmu samada ilmu dalam bisnes atau ilmu dalam kesihatan memang terbuka luas.
Hampir setiap malam ada pelbagai kelas yang disusun untuk pengedar Shaklee.
Kelas nutrisi, kelas bisnes, kelas social media seperti Blog Mega Shaklee, kelas agama malah kelas travel juga turut disusun.
Begitu guna juga skill dalam bisnes turut diajar.
Skill bagaimana nak buat sales, bagaimana nak close sales, bagaimana nak berkomunikasi dengan customer pun turut diajar.
Macam-macam ilmu boleh kita dapat dalam komuniti Shaklee dan kebanyakannya adalah percuma.
5. Perkongsian Rohani
Ini antara yang penting dalam bisnes, iaitu perkongsian rohani.
Kenapa? Sebab bisnes mengajar kita tawakal yang lebih kepada Allah.
Dalam Shaklee, kami sentiasa diingatkan agar meletakkan pergantungan tinggi kepada Allah.
Selawat, istighfar, zikir, baca Al-Quran sentiasa diingatkan oleh para leader untuk pengedar Shaklee yang muslim.
Ini barulah dikatakan kejar akhirat, dunia akan mengikut .
7. Peluang hadir pelbagai event berprestij
Dalam Shaklee jugak, antara yang paling menarik adalah peluang untuk hadir pelbagai event berprestij Shaklee.
Dalam event seperti ini, para pengedar Shaklee akan diraikan oleh pihak pengurusan Shaklee dengan meriahnya.
Antara event yang menarik adalah Master Elite Celebration serta Business Leader National Conference.

Event ini akan memberi peluang kepada pengedar untuk berjumpa dengan pengedar dari seluruh Malaysia dan inilah masanya kami bertukar cerita dan idea untuk mengembangkan bisnes Shaklee.
Sertailah keluarga besar Shaklee untuk merasai kenapa komuniti Shaklee sangat best!
Jika anda ingin merasai betapa bestnya komuniti Shaklee ni, saya menjemput anda untuk menyertai keluarga besar Shaklee ni.
Hanya dengan menjadi ahli Shaklee dengan bayaran serendah RM35 atau dengan pembelian produk Shaklee dalam RM 500, anda layak untuk menjadi ahli Shaklee.
Dengan itu, anda juga layak merasai kesemua 7 kelebihan kenapa komuniti Shaklee best sangat seperti yang mem kongsikan di atas.
Boleh contact mem di www.wasap.my/6012887987/nakjoinshaklee untuk keterangan lanjut , k. 🙂
#Shakleethrive2023
#Shakleetriump2023
