Zaman sekarang, membuat 2 kerja dalam satu masa adalah perkara biasa. Dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, menambah pendapatan keluarga adalah salah satu pilihan yang kita ada.
Trend zaman sekarang adalah memilih bisnes yang mudah, yang boleh dijalankan walau di mana saja kita berada dan fleksible. Antara pilihan yang paling tinggi adalah bisnes online.
Ciri Bisnes Online Terbaik
Tak semua bisnes online yang ada di ineternet sekarang sesuai untuk semua orang. Namun, jika ada 6 ciri ini, maka ini antara bisnes online terbaik yang anda boleh ceburi.
#1: Kompeni / syarikat yang boleh dipercayai dan stabil
Pemilihan kompeni atau syarikat yang betul penting sebelum anda memilih bisnes online yang ingin anda ceburi. Kompeni / syarikat yang stabil boleh menjamin kejayaan sesuatu bisnes online dan juga tempat anda bergantung jika berlaku sesuatu terhadap produk mahupun bisnes online anda.
#2: Modal yang rendah atau tanpa modal
Jika anda ingin bermula dengan bisnes online, pilihlah bisnes yang mempunyai modal yang rendah ataupun tanpa modal. Ini bagi mengurangkan risiko kehilangan modal yang besar jika bisnes tersebut gagal atau kita ingin berhenti membuat bisnes tersebut
#3: Tidak perlu simpan stok yang banyak
Antara ciri bisnes online terbaik adalah anda tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Lebih baik lagi jika semua urusan stok dan penghantaran dilakukan oleh pihak kompeni / syarikat.
#4: Mempunyai sistem sokongan yang padu
Memilih bisnes online yang mempunya sistem sokongan yang padu samada dari kompeni/syarikat mahupun kumpulan adalah amat penting. Sebuah sistem sokongan yang padu akan membantu bisnes online kita berjaya.
#5: Fokus hanya pada pemasaran
Bisnes online yang terbaik adalah bila kita hanya perlu fokus kepada pemasaran produk, bukan penghasilan produk. Dengan fokus hanya kepada pemasaran, dan segala urusan pembungkusan serta penghantaran produk diuruskan oleh kompeni / syarikat, menjadikan bisnes online kita akan bergerak lebih laju.
#6: Pendapatan yang lumayan
Oleh sebab utama kita memilih bisnes online adalah untuk menambahkan pendapatan, maka pemilihan bisnes online yang mendatangkan pendapatan yang lumayan adalah antara ciri yang harus kita pilih dengan baik. Banyak kompeni / syarikat yang hanya memberi sedikit keuntungan kepada kita. Namun ada kompeni / syarikat yang memberi keuntungan yang tinggi.
Shaklee, Bisnes Online Terbaik Malaysia 2023
Salah satu bisnes online yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia pada masa kini adalah bisnes Shaklee. Pengedar Shaklee di Malaysia sahaja pada tahun 2020 melebihi 1.2juta orang.
Antara sebab kenapa Shaklee menjadi pilihan utama rakyat Malaysia sebagai bisnes online terbaik Malaysia adalah:
#1: Brand yang dipercayai
#2: Sokongan perniagaan yang kuat
#3: Sokongan dari syarikat
#4: Compensation plan yang terbaik
